- Logo Pengakap
MAKSUD DAN KETERANGAN LOGO PERSEKUTUAN
PENGAKAP MALAYSIA
Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa
maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu:
Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong
orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap.
Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan
undang-undang Pengakap yang sepuluh.
Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan
“Persaudaraan Pengakap”
Bintang pecah 14 melambangkan “Kesemua
negeri-negeri dalam Malaysia”
Bulan Sabit menandakan “Agama rasmi Negara
iaitu Agama Islam”.
Lingkaran Tali melambangkan “Perpaduan Rakyat
Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia”.
Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada
lambang menandakan unit-unit Pengakap:
Kuning – “Pengakap Kanak-Kanak”,
Hijau – “Pengakap Muda”,
Merah – “Pengakap Remaja”
Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga
melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
- Persetiaan dan Undang-undang
Persetiaan Pengakap
Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya, dengan seberapa daya upaya
saya, akan;
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut Undang-Undang Pengakap
Undang-Undang Pengakap
1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.
2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, Raja-raja, pemimpin-pemimpin,
ibu bapanya, majikannya dan orang-orang dibawahnya.
ibu bapanya, majikannya dan orang-orang dibawahnya.
3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong pada setiap masa.
4. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada lain-lain Pengakap walau apa
negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.
negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.
5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.
6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang.
7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, Ketua Patrolnya
atau Pemimpin-pemimpin Pengakapnya dengan tanpa apa-apa soalan.
atau Pemimpin-pemimpin Pengakapnya dengan tanpa apa-apa soalan.
8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa bersabar dan manis mukanya dalam masa kesusahan.
9. Pengakap adalah seorang yang jimat dan cermat.
10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.