Sejarah PPM
Sedikit
benar negara-negara di Asia yang telah membuat kemajuan yang begitu
banyak dan dengan sebegitu cepat seperti Malaysia dalam tempoh 60 tahun
yang lalu. Masa-masa dahulu adalah masa yang menggembirakan, penuh
dengan berbagai-bagai sukaran dan bahaya.
Bagi
menunjukkan setakat mana berPengakap itu disukai ramai, ialah dengan
adanya sekurang-kurangnya satu kumpulan Pengakap ditiap-tiap bandar dan
kampong dinegeri ini. Sebabnya Pergerakan ini telah berkembang dengan
derasnya, tidaklah payah dicari jauh-jauh. Pengakap tiba dinegeri ini
dari awal 1910 lagi, dua tahun selepas dimulakan di Great Britain oleh
Lord Baden Powell.
Seorang
daripada peneroka di Great Britain, Encik F.C. Sands telah datang ke
Singapura dalam tahun 1910 dan memulakan penubuhan pasukan pertama
dijajahan ini.
Bermula
dengan dua pasukan Seramai 30 orang ahlinya di Singapura, Pergerakan
ini merebak keseluruh Malaysia dan pada hari ini mempunyai pengikut
lebih dari 65000 orang terdiri daripada Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap,
Pengakap Kelana dan Pemimpin-Pemimpin Pengakap.
Semenjak
itu kemajuannya adalah tetap dan Pengakap telah beransur-ansur muncul
dinegeri yang dahulunya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pasukan Pengakap
yang pertama bagi budak-budak Melayu yang tahu bahasa Inggeris telah
ditubuhkan dalam tahun 1919 dibawah pimpinan Kapten N. M. Hashim dan
Encik A. Z. Alsagoff
Pahang adalah negeri yang pertama sekali
dinegeri ini mengalu-alukan Pengakap apabila satu pasukan telah
ditubuhkan di Pekan oleh Encik G. M. Laidlaw tetapi apabila dia mati
satu apapun tiada dibuat beberapa tahun. Pengakap dihidupkan semula
hanya dalam tahun 1927 oleh Encik H. R. Hertslet yang kemudiannya
diikuti oleh Encik Wheeler dan Encik Frisby dari Pejabat Pelajaran
Pahang.
Pengakap telah dimulakan di Pulau
Pinang oleh seorang ahli pendidik yang masyhur iaitu Encik H. R.
Cheeseman. Pasukan Pengakap yang pertama telah didaftarkan dalam tahun
1915 di Sekolah Free, Pulau Pinang. Sungguhpun
telah difahamkan bahawa satu pasukan percubaan telah diadakan dari awal
1908 lagi. Pasukan Pengakap yang pertama sekali disekolah Melayu adalah
dimulakan di Pulau Pinang.
Encik Cheeseman adalah “nyawa
Pergerakan” di Pulau Pinang dimana beliau telah memimpin Pergerakan itu
selama 13 tahun sebelum bertukar ke Johor dalam tahun 1928. Pada satu
masa, beliau adalah Penolong Pesuruhjaya bagi Malaya dan semasa dalam
jawatan itu dia telah memainkan peranannya yang penting dalam membina
Pergerakan itu diseluruh negeri. Dia telah dianugerahkan pingat Silver
Wolf dalam tahun 1927.
Pemimpin-pemimpin Pengakap yang
lain-lain yang terkemuka di Pulau Pinang yang telah memberi perkhidmatan
kepada Pergerakan ini ialah Allahyarham Encik S.M. Zainal Abidin, Encik
Khoo Sim Teong, Encik Oon Hoot Ewe dan Encik Basha Merican. Kedua-dua
Encik S. M. Zainal Abidin dan Encik Khoo Sim Teong yang menjadi Penolong
Pesuruhjaya Daerah bagi Pulau Pinang dalam tahun 1930 telah mula
sebagai rekrut dalam tahun 1915 dan 1916 masing-masingnya
No comments:
Post a Comment